Thursday, 18 September 2014

Malaysia dan Kepelbagaian Bio

Assalamu'alaikum wrt...

Salam Jumaat yang Mulia..

Hari ini Aliya nak share sesuatu yang biasa kita dengar di kaca tv. Mesti semua dah biasa dengan iklan Malaysia dengan kepelbagaian bionya ini kan? Fakta penting dan menarik juga tu ye kawan-kawan. Betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia ini. Alhamdulillah... Jom baca!

"Malaysia merupakan bumi bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio. 

Terdapat lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga dijumpai di Malaysia iaitu hampir 10 peratus daripada jenis tumbuhan berbunga yang terdapat di dunia. Malaysia turut memiliki lebih 175,000 spesis haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus daripada semua spesis yang hidup di dunia. 

Terdapat lebih 3,000 spesis orkid iaitu antara bunga yang paling eksotik di negara ini disamping lebih 350 spesis reptilia, 300 spesis mamalia, 1,000 spesis rama-rama, 730 spesis burung. Malaysia juga merupakan habitat kepada bunga terbesar di dunia (bunga Rafflesia), pokok tropika tertinggi (pokok tualang) dan penghuni pokok yang terberat di dunia (orang utan).
 
Ekosistem semulajadi Malaysia adalah antara yang paling mengagumkan di dunia yang terdiri daripada hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, hinggalah ke hutan paya, hutan bukit dan gua batu kapur, hutan gunung dan juga padang rumput Alpine yang kesemuanya berada berhampiran dengan garisan Khatulistiwa."

Mari kita hargai keindahan alam semulajadi bumi hijau kita! Bersama menjaga keharmonian dan keindahannya. 

Wednesday, 17 September 2014

Projek Sains : Gunung Berapi

Salam kawan-kawan semua... :-)

Erm, Aliya teringin sebenarnya nak buat gunung berapi sendiri tau. Aliya nak tengok macam mana keadaan gunung berapi tu lebih dekat.

Ok, jom kita lihat video dari sains comot ni!


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
-playdoh
-botol plastik
-serbuk bikarbonat
-air
-cuka
-sabun basuh pinggan
-pewarna makanan
-corong

Jom cuba buat!!

Kitar Semula : Pasu Bunga

Assalamu'alaikum wrt...

Hai kawan-kawan, hari ini kita akan mempelajari tentang kreativiti kitar semula. Kreativiti ini dihasilkan daripada bahan terbuang iaitu tayar. Sebenarnya tayar-tayar terbuang ini boleh dikitar semula contohnya kita boleh membuat pasu bunga.

relaks minda

Setelah tayar-tayar itu digubah menjadi pasu bunga dengan hasil kreativiti tersendiri, maka terhasillah pasu bunga yang cantik dan indah. Mari kita lihat hasilnya di bawah ini. 


kreativiti kitar semula tayar terbuang 

kreativiti kitar semula tayar terbuang
Cantik tak pasu-pasu ini, kawan-kawan..? :)

Wednesday, 3 September 2014

Salam Perkenalan Salam Ukhuwwah

Assalamu'alaikum wrt wbt...

Alhamdulillah syukur di atas terbitnya blog kecil ini. Semoga dengan terbitannya, dapat memberi suatu manfaat dan impak yang positif untuk diri sendiri, pembaca dan juga masyarakat amnya.

Aliya Solehah nama diberi,
Di SK Desa Jasmin ilmu ditimba,
Penulisan ini bukan hanya peribadi,
Bahkan ilmu untuk semua.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Jika salah mohon tunjukkan.

~ SaLaM UkhuWWah ~

aliyasolehah